:: mengenali jenis - jenis kucing ::


apa tengok - tengok hah?


Kucing diantara haiwan peliharaan yang diminati ramai. Sifat kucing yang patuh pada tuannya.Comel dan Cute.Wanita sinonim dengan kucing.Yela,mungkin sifat penyayang yang semula jadikan.Lelaki pun apa kurangnya , ada juga yang meminati kucing namun alah, sesetengah mereka trick je tu. nak tackle awek kan.nampak kucing,belai-belai kucing berharap dipuji 'eh,awak pun minat kucing? i like lelaki like this'. hehe. saya sendiri tidaklah meminati kucing sangat. dulu aku ada seekor kucing yang comel. kucing jantan yang gagah berani. aku menamakannya 'mok mok' kerana beliau sangat gemuk & gebu. namun suatu hari beliau telah mati dilanggar lari. sungguh jahanam kereta itu. kucing ni ada beberapa jenis. ayuh kenali mereka.


1. kucing bangsawan

kucing ni ialah kucing peliharaan. yang ada rumah. makan minum disediakan. tidur pun selesa. najis kumbahan ada tempat sendiri. makan pun bukan takat tulang ikan ja. frieskies,ayam goreng,sosej,Mc.d double cheese burger,KFC dan segala lagi. kena bagi mandi. sabun.shampoo. kalau sakit kena hantar pergi klinik haiwan. pendek kata kehidupan mewah dan sangat terurus.



2. kucing hostel / apartment

golongan ini pula ialah kucing yang berpeleseran di hostel atau apartment. tanpa ada tuan. tanpa ada rumah. mereka membesar di sini. mengharap belas kasih orang disekeliling memberikan makan. selalunya popolusi mereka cepat berkembang. tahun 2005 hostel aku ada sepasang kucing jantan dan betina. tahun sekarang 2010, sudah hampir 30 ekor kucing disini.tidak termasuk 2 ekor dah mati dan telah kami kebumikan serta 5 yang telah diambil menjadi kucing peliharaan.


3. kucing jalanan

kucing jalanan ialah kucing yang berpeleseran di merata tempat. mereka hidup di jalanan. bertarung hidup dan mati. kadang kala mati ditangan anjing. kadang kala mati ditangan kebuluran dan penyakit. kucing ni sangat liar.kurang mesra.ini kerana hidup mereka yang penuh kesusahan dan trauma. namun mereka ini handal bergaduh. cuba hantar kucing bangsawan.semestinya ia arwah.namun jangan lakukan ok.


4. kucing yatim

kucing ini ialah kucing yang ditempatkan di rumah jagaan kucing. ada diantara mereka yang diambil dari jalanan dan dihantar ke pusat pememeliharaan. di pusat ini mereka akan dijaga, dirawat dan mungkin ada kelaurga yang sanggup mengambil mereka menjadi kucing peliharaan.



5. kucing lelong

anda boleh menjumpai mereka selalunya di pet shop atau tamu berdekatan. diletakkan dalam sangkar dan adanya sebut harga. kalau ada awek tengah usha-usha kucing lelong ni. semestinya ada jugalah jantan-jantan yang munafik dan pura-pura belai kucing dengan harapan awek itu akan menyapa beliau.sungguh keji teknik itu.



Bagi anda yang meminati kucing. bolehlah join goup ini kat facebook. bermacam-macam info. gambar. upadate terbaru mengenai kucing. sila click link di bawah.

http://www.facebook.com/pages/Kucing-Malaysia/114495928561718







kalau dalam bahasa tempatan ( orang sungai ) aku. kucing itu dipanggil ' ung ngau'.


meoowwww.....

6 comments:

  1. Haha, lawak-lawak, kucing mati di tangan anjing. Anjing ada tangan ka?^^

    ReplyDelete
  2. yummm bahasan kiasan yummmboonnnn

    ReplyDelete
  3. Haha ^^ baik la sahabat, saja jak tu^^ ko di mana da ni?

    ReplyDelete
  4. ilham : aku d sini2 jak ne heheh


    marionette : hahhaa. are you sure? ;p

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Copyright © / PAPER KUNING?

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger